Pages

Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Thursday, October 07, 2010

Maafkan dia..

Memaafkan itu sukar andai  masih ada dendam dijiwamu,
Memaafkan itu sukar andai “kekejaman itu” masih kau pendam,
Memaafkan itu sukar andai hatimu keras,
Memaafkan itu juga pahit kerana “kekejaman itu” masih kau ingat..


Wahai diri,
maafkan dia atas “kekejaman itu”. Yang berlalu telah pun berlalu. Tiada guna untuk menangis kerana airmatamu itu tidak mampu untuk hentikan waktu walau sesaat. Tidak mampu untuk menghalang bumi dari berputur diatas paksinya. Airmatamu itu juga tidak mampu untuk mengembalikan apa yang telah hilang darimu.

Wahai diri,
hapuskan dendammu itu, sungguh dendam itu akan menghitamkan hatimu. Hidupmu terlalu singkat untuk berdendam. Hidupmu adalah untuk Allah. Padamkanlah dendam itu dari kamus hidupmu.

Wahai diri,
maafkan dia atas “kekejaman itu”. Dia juga manusia sepertimu, yang tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Siapalah dirimu untuk tidak memaafkan dia..bukanlah dirimu mencintai rasulullah andainya kau tidak mampu memafkan dia kerana rasulullah itu juga memaafkan ummatnya. Wahai diri, dengan kemaafan akan membuka pintu kelapangan dalam jiwamu.

Wahai diri,
padamkanlah marah itu dari hatimu. Marah itu sifat syaitan laknatullah. Marah itu membutakan hati. Kemarahan itu akan membakar segala ruang dihatimu.

Wahai diri,
“kekajaman itu” tidak perlu kau kenang lagi, ia adalah sesuatu yang telah berlalu pergi. “Kekejaman itu” bukanlah sesuatu yang perlu diimbas kembali, ia sepatutnya dikurung dalam gerigi besi, dibungkus dengan batu konkrit, agar ia tak bisa membuatmu menangis lagi..

Wahai diri
“kekejaman itu” adalah untuk menguji ketabahan hatimu, menguji kekuatan dirimu dan semestinya sebagai bukti cinta Allah terhadapmu. Tiada cinta yang paling agung melainkan dirimu mampu meraih cinta Allah yang maha Suci dari segala-galanya.

Wahai diri,
seandainya dirimu teraniyai kerana “kekejaman itu”, ingatlah saat itu bahawa Allah sedang menguji kesabaranmu. Manusia mampu menganiyai dirimu, tapi ingat Allah itu takkan sekali-kali menganiyai dirimu. Allah itu maha adil.

Wahai diri teruslah kuatkan hatimu, jangan kau melemah. Tingkatkan kesabaranmu, jangan kau beralah. Tabahkanlah hatimu, jangan kau berputus asa. Ukir senyuman dibibirmu, jangan kau berduka. Teruslah berusaha untuk meraih cinta teragung yakni cinta Allah. Teruskanlah mengengam ketabahan itu dengan tanganmu sekukuh-kukuhnya.


Segenggam Tabah

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Filzatul Izzah
29 September 2010

Thursday, September 23, 2010

hapuslah titis air matamu



wahai jiwa,

hapuslah titis air matamu,

eratkanlah pautan tanganmu di atas talian bernama ukhwah,

tetapkanlah hatimu, memegang tali Allah dengan kukuh,

kerana Dia tempat bersandar disaat tempat bersandar yang lain mengkhianatimu..

“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)




Thursday, August 12, 2010

aku rindukan kau sangat..

Maafkan aku ibu, kerana amanah yang kau harapkan itu tidak mampuku laksanakan . Aku tidak pernah lupa akan pesanmu itu, agar menjaga dia menjadi insan berguna, insan yang bermafaat kepada orang lain. Tapi kini, Aku kelewatan untuk sedarkan dia kerana dia kini bukan manusia biasa bu, dia telah berubah rupa, dia telah berubah watak. Dia buta dengan kemanisan dunia semata. Adakah itu khilafku kerana tidak pernah berkongsi cerita derita itu bersama dia?. Adakah itu silapku kerana tidak memahami dia?. Adakah itu salah ku kerana tidak pernah membela dia di saat dia memerlukan pembelaan?. Adakah itu salahku kerana tidak pernah berlaku lembut terhadap dia?. Adakah itu salahku kerana tidak pernah menunjukkan yang aku sayang dia?. Adakah itu salah ku kerana tidak ambil berat tentang hidupnya yang terumbang ambing dan terkotak katik itu?. Dimanakah aku disaat dia diherdik?. Dimanakah aku di saat dia menangis?. Dimanakah aku disaat dia derita kesakitan?. Dimanakah aku disaat dia bersedih?. Dimanakah aku disaat dia perlukan aku?. Dimanakah aku saat itu?. Sekarang sudah tiga bulan aku tidak dapat hubungi dia, aku tak tahu kemana dia. Dia makan apa, sihat x dia?. Maafkan aku atas kekhilafan aku ini. Adik, aku rindu kau sangat…masihkah kau ingat janji kita dulu?? Janji untuk hidup dengan baik walaupun tanpa kasih dan sayang mereka..masihkah kau ingat??.masihkah kau ingat??

ALLAH sayangkan saya..

Dalam hidup, banyak dugaan yang perlu untuk aku lalui..bukan aku sahaja..malahan semua makhluk..namun aku sedar..apa yang berlaku dalam kamus hidup aku adalah apa yang telah tersurat untuk aku..aku sedar di sebalik sesuatu yang telah tersurat, tersembunyi sesuatu yang tersirat..Di dalam mencari makna yang tersirat, aku akan temui pelbagai persoalan hidup yang menyesatkan dan ada yang akan membawa aku ke arah kebenaran yang dicari..Seribu kegagalan tidak akan sama dengan satu kejayaan..Daripada sesuatu kegagalan, aku akan dimatangkan untuk terus menerus mencuba..Daripada kegagalan juga aku akan berinovasi supaya menjadi lebih bijak memilih laluan kehidupan..walaupun banyak dugaan yang menimpa..aku yakin aku mampu laluinya..kerana kekasih aku dah berjanji dalam surat cinta-NYA bahawa "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang di perbuatnya.." (Al-Baqarah:286)..dan untuk itu, air mata ini takkan mengalir lagi..kerana aku tahu..kekasihku menyuruhku jangan bersedih..DIA juga janji ngan aku.aku akan jadi orang yang paling tinggi darjatnya jika aku orang yang beriman.." Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriaman"(Al-Imran:139)..dan untuk itu aku akan lalui hidupku dengan setabah yang mungkin..insyallah..

Dulu...

Dulu..
Aku sering mengeluh,
Aku sering menangis,
Aku selalu menyesali takdirku,
Aku sememangnya tidak pernah bersyukur tika itu..

Dulu..
Hidup dirasakan mati,
Indah alam ciptaan tuhan tidak berbekas di hati,
Masa depanku kelam,
Yang ada hanya bayang-bayang kehampaan,
Hidup sekadar sahaja kerana tiada apa yang aku harapkan dari kehidupan ini,
Hidup begitu membosankanku..

Dulu..
Aku menyalahkan takdirku..
Mengapa hidupku begini..
Kenapa tak seperti orang lain..
Kenapa?..kenapa dan kenapa?

Tapi..
Itu dulu…

Namun kini..Aku tahu,
Ada hikmah di sebalik dulu itu..
Itu adalah takdirku dari kekasihku,
DIA menentukan dengan sebaiknya untukku..
Tiada apa yang ditakdirkan untukku adalah sia-sia,
Kerana dia selalu ingatkan aku..

" Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?"
(Al-Qiyamaah:36)

Manusia dijadikan Allah tidak dengan sia-sia,
Lantaran kelenaan itu,
DIA sedarkan aku,
Rupanya DIA tidak pernah tinggalkan aku sendirian,
DIA sentiasa bersamaku dimana sahaja pada bila-bila masa,
Terima kasih ALLAH..
Kerana DULU itu telah melahirkan aku yang KINI..