Pages

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Thursday, October 07, 2010

Kehilangan

Kehilangan seseorang yang bermakna dalam hidup hanya dapat dirasai kepada sesiapa yang mengalami. Sebuah kehilangan bukan sebab untuk terus meratapi mahupun terus menitis airmata tanpa henti. Kehilangan adalah salah satu bentuk tarbiyyah dari Allah untuk menguji keimanan dan ketakwaan. Allah mengambil sesuatu ada sebabnya. Mungkin ia bukan milik kita atau mungkin Allah mahu mengantikan dengan yang lebih baik. Mungkin juga DIA mahu melatih supaya menjadi lebih kuat. Allah itu sangat maha adil sifatnya, Dia menguji mengikut kemampuan. Kehilangan atau perginya orang yang kita sayangi semestinya bersama sendu dan airmata. Hakikatnya insan bersedih dan berduka atas kehilangaan. Tapi ingatlah, ia tak bermakna semuanya harus terhenti. Untuk mereka dari kita adalah doa. Pemergian seorang ibu dan seorang ayah mencoretkan satu lagi episod dari episod sebuah kehidupan. Hidup tanpa ibu dan ayah tak bermakna hidup tiada tempat mengadu kerana sebaik-baik tempat mengadu itu adalah pada Allah, Dia maha mendengar dan melihat.

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran "(Al-Baqarah :186)


Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa yakni mengadu kepada ALLAH. Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan, Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk. Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.


Dengan perginya ibupaba, tak bererti kita tidak berkesempatan lagi untuk berbakti dan mencurahkan cinta, kasih dan sayang terhadap mereka, ada cara untuk kita berbakti ukhti..teruskan baktimu
Untuk mereka ibupaba kita ada ajaran dari Allah agar kita mendoakan mereka. Allah mengajar kita untuk mendoakan ibupaba yang mengasihi kita sedari kecil.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (AL-Isra’:24)

Jika mereka masih ada didunia ini, agar istiqamah mentaati Allah di hujung usia, teguh dijalan Allah dengan iman, menemui Penciptanya dengan kesudahan yang baik, dimurahkan rezeki mereka dan diganjarkan dengan redha Allah dan pahala-Nya. Selain berdoa, kasih dan bakti boleh disalurkan menerusi amalan soleh sepertimana sabda baginda jujungan besar.

Daripada Malik bin Rabi’ah Al-Sa’idi, katanya: “ketika kami bersama rasulullah, seorang lelaki dari Bani Sulaim dating bertanya kepada Rasulullah: “ wahai rasulullah, adakah ada sesuatu yang aku boleh ;lakukan untuk menyambung bakti kepada ibubapaku selepas mereka meninggal dunia?” baginda menjawab: “ya, doakanlah mereka, mohonlah keampunan untuk mereka, hormatilah sahabat mereka dan sambunglah tali persaudaraan yang tidak bersambung melainkan dengan keduanya”. (riwayat Ibn Majah no. 3795). Sanadnya lemah sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Albani dan Shu’aib Al-Arnut)

Panduan rasulullah ini boleh dilakukan untuk menzahirkan kasih cinta kita buat insan yang begitu banyak berjasa dalam hidup kita. Sepertimana dinyatakan dalam banyak riwayat hadis, antara amalan-amalan yang patut dilakukan adalah:


  1. Mendoakan mereka agar mendapat keampunan dan rahmat Allah.
  2. Melaksanakan janji, wasiat dan amanah mereka.
  3. Menghormati sahabat mereka
  4. Menyambung hubungan persaudaraan.
  5. Tunaikan haji dan umrah yang belum dapat dilaksanakan.
  6. Bersedekah dan melakukan kebajikan bagi pihak mereka.
  7. Menggunkan harta yang mereka tingglkan untuk tujuan kebajikan.

Moga-moga dengan kesemua amalan berikut akan mengalirkan pahala untuk ibubapa kita dan juga dapat menebus dosa-dosanya. Kehilangan adalah tarbiyyah supaya kita melipat gandakan ibadah dan amalan kita.

Abu Hurairah .a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka putuslah segala amalannya melainkan tiga perkara; sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau  anak yang soleh dan berdoa untuknya.



Filzatul Izzah 
29 September 2010

Friday, August 13, 2010

cerita seorang anak..


Aku ada seorang ibu..
Tiada dua..tiada tiga…dan tiada empat,
Dia tempatku mengadu, tempatku bermanja, tempatku menagih kasih,
Di bahunya kusandar wajah disaat aku menangis,
Bersama-samanya ku ketawa gembira,
Diribanya aku tertidur setiap malam,
Tapi itu dulu bukannya kini..
 

Suatu hari ibu demam, demam yang teruk sangat,
Pudar senyum manis diwajahnya, hilang ketawa riang..
Sayu hatiku melihatnya, sengsaranya dia menanggung,
seandainya dapat ingin ku ganti tempatnya..
Keperitannya membesarkan aku tanpa suami disisi terpancar jelas diwajahnya,
Dia melakukan pelbagai kerja demi menanpung kami adik-beradik,
Pada hari ketiga ibu demam, ibu terjatuh di tangga,
Ibu tak mampu berjalan lagi.


Ibu dihantar ke hospital, dan alangkah terkejutnya aku,
Setelah sampai di hospital ibu menghembuskan nafas terakhirnya..
Tanpa aku disisinya, tanpa kata-kata terakhir darinya..
Dia pergi meninggalkan aku,
anaknya yang masih lagi belum mengenal kata erti hidup..


Deraian airmata tidak henti,
Air jernih mengalir dipipi,
Sendu dan sebak didada kerana kehilangan satu-satunya tempat mengadu kasih,
Dia ibu dan ayah..
Dikatakan ibu kerana kasih sayang tiada bandingan yang dicurahkan,
Dikatakan seorang ayah kerana membanting tulang empat kerat untuk sesuap nasi,
Aku hilang tempat bergantung, pada siapa harus aku menumpang kasih..


Setelah 13 tahun ibu berlalu pergi,
Aku masih lagi meneruskan hidup tanpamu ibu,
Suka dan duka kutempuh..
Sebak didada ku simpan dalam hati
Sendu menjalani kehidupan ku sendiri tempuhinya..


Di satu malam,
Kau hadir dalam tidurku..namun kau hanya mendiamkan diri,
Tiada sepatah kata darimu kau lafazkan..
dan akhirnya kau meninggalkan aku begitu saja,
Sepertimana kau meninggalkan aku dulu..


Aku tertanya-tanya..kenapa?kenapa?dan kenapa?
Ku msh lagi meneruskan hidup..


Di suatu hari aku dikahabarkan dengan satu berita yang sukar untukku terima..
Satu-satunya adik yang aku ada terlibat dalam gejala penagihan dadah..
Disaat tu jaga aku terduduk termenangis..
Betapa besarnya ujian ALLAH untukku..
Kenapa?kenapa?dan kenapa?


Sekali lagi ibu hadir dalam mimpiku..
"jaga adikmu sayang" itulah satu-satunya ayat yang terlafaz dibibirmu,
Baru kini ku faham akan maksud kehadiranmu dalam tidurku,
Aku terpana,
Ayat itu pernah kau lafazkan dulu semasa hayatmu masih ada,
Kini ia terngiang-ngiang di telinga ku..
"jaga adikmu sayang setelah ketiadaan ibu"


Maafkan aku ibu, aku alpha,
Kerana selama pemergianmu aku leka sendiri hingga terlupa aku ada seorang adik yang kau amanah agar aku menjaganya..
Aku meneruskan hidup tanpa mengambil berat tentang dirinya ibu,
aku sibuk dalam memajukan diri tanpa memperdulikan adikku..
Aku kemenara gading tapi adik ku tinggalkan disana..
Keseorangan..


Dari hari ke hari adik semakin menjadi-jadi,
Dari seorang penagih kepada seorang pengedar dadah,
Dan bermacam-macam lagi masalah timbul,
Dia semakin tiada pedoman hidup..


Dan aku buntu,
tidak tahu apa yang patut aku lakukan,
Apa usaha aku untuk membantunya,
Tiada..
Sedangkan kata2 ibu setiap hari terngiang-ngiang di telinga ini..
Setakat ini kumasih lagi tidak menemui jalan membawanya kembali kepada hakikat hidup yang sebenar..


Kalau dulu aku dapat menghubunginya..
Tapi kini berita tentangnya amat susah untuk ku ketahui..
Setiap minggu no telefon bertukar..
Aku buntu ya ALLAH..


Tekadang terasa tidak mampu lagi untuk menanggung semua ini,
Tapi aku segera ingat akan janji ALLAH..


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(Al-Baqarah:286)



Dengan kasih dan sayangMU ya ALLAH kau tunjukkan aku jalan..
Pada MU tempat aku curahkan dan luahkan..
Aku sayang ibu dan juga adikku keranaMU..


kepada yang mempunyai adik..jangan biarkan "cerita seorang anak" ini berulang untuk yang kesekian kalinya..