Pages

Friday, November 12, 2010

Bicara untukmu ibu..

Ingin aku menyusun kata
Kata seindah bahasa
Kata yang bukannya madah mutiara
Tanda betapa aku rindu akan saat2 itu
Saat kau masih dissiku.

Dulu..
Tika ku sakit kau belai rambutku
Tika ku menangis kau sapu airmataku
Tika ku merajuk kau pujuk hatiku
Dan saat aku rindu akan belaian seorang ayah
Pujukmu bahawa biarlah dirimu yang menjadi ibu dan juga ayah
Biarlah dirimu…

Masihku ingat akan tulus tutur katamu
Mengiringiku setiap pagi dengan segengam kata nasihat
Kukucup indah tanganmu
Kupeluk mesra tubuhmu
Aku rindu saat itu
Aku ridu saat itu…..

Damailah kau ibu disana
Doa anakmu ini sentiasa bersamamu
Tiap pagi, petang mahupun malam
Doaku untukmu ibu agar kau tenang disana
Menemui RAB kita
Al-fatihah untukmu ibu…

29 september 2009
by filzatul 

1 comment:

  1. sedih baca puisi ni..doa anak yang soleh boleh membantu ibu bapa disana- hadis sahih

    teruskan berdoa, harta yang tak ternilai ditinggalkan oleh orang tua adalah anak yang soleh yang mendoakannya bila dia tiada..

    ReplyDelete