Pages

Friday, August 13, 2010

cerita seorang anak..


Aku ada seorang ibu..
Tiada dua..tiada tiga…dan tiada empat,
Dia tempatku mengadu, tempatku bermanja, tempatku menagih kasih,
Di bahunya kusandar wajah disaat aku menangis,
Bersama-samanya ku ketawa gembira,
Diribanya aku tertidur setiap malam,
Tapi itu dulu bukannya kini..
 

Suatu hari ibu demam, demam yang teruk sangat,
Pudar senyum manis diwajahnya, hilang ketawa riang..
Sayu hatiku melihatnya, sengsaranya dia menanggung,
seandainya dapat ingin ku ganti tempatnya..
Keperitannya membesarkan aku tanpa suami disisi terpancar jelas diwajahnya,
Dia melakukan pelbagai kerja demi menanpung kami adik-beradik,
Pada hari ketiga ibu demam, ibu terjatuh di tangga,
Ibu tak mampu berjalan lagi.


Ibu dihantar ke hospital, dan alangkah terkejutnya aku,
Setelah sampai di hospital ibu menghembuskan nafas terakhirnya..
Tanpa aku disisinya, tanpa kata-kata terakhir darinya..
Dia pergi meninggalkan aku,
anaknya yang masih lagi belum mengenal kata erti hidup..


Deraian airmata tidak henti,
Air jernih mengalir dipipi,
Sendu dan sebak didada kerana kehilangan satu-satunya tempat mengadu kasih,
Dia ibu dan ayah..
Dikatakan ibu kerana kasih sayang tiada bandingan yang dicurahkan,
Dikatakan seorang ayah kerana membanting tulang empat kerat untuk sesuap nasi,
Aku hilang tempat bergantung, pada siapa harus aku menumpang kasih..


Setelah 13 tahun ibu berlalu pergi,
Aku masih lagi meneruskan hidup tanpamu ibu,
Suka dan duka kutempuh..
Sebak didada ku simpan dalam hati
Sendu menjalani kehidupan ku sendiri tempuhinya..


Di satu malam,
Kau hadir dalam tidurku..namun kau hanya mendiamkan diri,
Tiada sepatah kata darimu kau lafazkan..
dan akhirnya kau meninggalkan aku begitu saja,
Sepertimana kau meninggalkan aku dulu..


Aku tertanya-tanya..kenapa?kenapa?dan kenapa?
Ku msh lagi meneruskan hidup..


Di suatu hari aku dikahabarkan dengan satu berita yang sukar untukku terima..
Satu-satunya adik yang aku ada terlibat dalam gejala penagihan dadah..
Disaat tu jaga aku terduduk termenangis..
Betapa besarnya ujian ALLAH untukku..
Kenapa?kenapa?dan kenapa?


Sekali lagi ibu hadir dalam mimpiku..
"jaga adikmu sayang" itulah satu-satunya ayat yang terlafaz dibibirmu,
Baru kini ku faham akan maksud kehadiranmu dalam tidurku,
Aku terpana,
Ayat itu pernah kau lafazkan dulu semasa hayatmu masih ada,
Kini ia terngiang-ngiang di telinga ku..
"jaga adikmu sayang setelah ketiadaan ibu"


Maafkan aku ibu, aku alpha,
Kerana selama pemergianmu aku leka sendiri hingga terlupa aku ada seorang adik yang kau amanah agar aku menjaganya..
Aku meneruskan hidup tanpa mengambil berat tentang dirinya ibu,
aku sibuk dalam memajukan diri tanpa memperdulikan adikku..
Aku kemenara gading tapi adik ku tinggalkan disana..
Keseorangan..


Dari hari ke hari adik semakin menjadi-jadi,
Dari seorang penagih kepada seorang pengedar dadah,
Dan bermacam-macam lagi masalah timbul,
Dia semakin tiada pedoman hidup..


Dan aku buntu,
tidak tahu apa yang patut aku lakukan,
Apa usaha aku untuk membantunya,
Tiada..
Sedangkan kata2 ibu setiap hari terngiang-ngiang di telinga ini..
Setakat ini kumasih lagi tidak menemui jalan membawanya kembali kepada hakikat hidup yang sebenar..


Kalau dulu aku dapat menghubunginya..
Tapi kini berita tentangnya amat susah untuk ku ketahui..
Setiap minggu no telefon bertukar..
Aku buntu ya ALLAH..


Tekadang terasa tidak mampu lagi untuk menanggung semua ini,
Tapi aku segera ingat akan janji ALLAH..


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."(Al-Baqarah:286)



Dengan kasih dan sayangMU ya ALLAH kau tunjukkan aku jalan..
Pada MU tempat aku curahkan dan luahkan..
Aku sayang ibu dan juga adikku keranaMU..


kepada yang mempunyai adik..jangan biarkan "cerita seorang anak" ini berulang untuk yang kesekian kalinya..

Thursday, August 12, 2010

aku rindukan kau sangat..

Maafkan aku ibu, kerana amanah yang kau harapkan itu tidak mampuku laksanakan . Aku tidak pernah lupa akan pesanmu itu, agar menjaga dia menjadi insan berguna, insan yang bermafaat kepada orang lain. Tapi kini, Aku kelewatan untuk sedarkan dia kerana dia kini bukan manusia biasa bu, dia telah berubah rupa, dia telah berubah watak. Dia buta dengan kemanisan dunia semata. Adakah itu khilafku kerana tidak pernah berkongsi cerita derita itu bersama dia?. Adakah itu silapku kerana tidak memahami dia?. Adakah itu salah ku kerana tidak pernah membela dia di saat dia memerlukan pembelaan?. Adakah itu salahku kerana tidak pernah berlaku lembut terhadap dia?. Adakah itu salahku kerana tidak pernah menunjukkan yang aku sayang dia?. Adakah itu salah ku kerana tidak ambil berat tentang hidupnya yang terumbang ambing dan terkotak katik itu?. Dimanakah aku disaat dia diherdik?. Dimanakah aku di saat dia menangis?. Dimanakah aku disaat dia derita kesakitan?. Dimanakah aku disaat dia bersedih?. Dimanakah aku disaat dia perlukan aku?. Dimanakah aku saat itu?. Sekarang sudah tiga bulan aku tidak dapat hubungi dia, aku tak tahu kemana dia. Dia makan apa, sihat x dia?. Maafkan aku atas kekhilafan aku ini. Adik, aku rindu kau sangat…masihkah kau ingat janji kita dulu?? Janji untuk hidup dengan baik walaupun tanpa kasih dan sayang mereka..masihkah kau ingat??.masihkah kau ingat??

ALLAH sayangkan saya..

Dalam hidup, banyak dugaan yang perlu untuk aku lalui..bukan aku sahaja..malahan semua makhluk..namun aku sedar..apa yang berlaku dalam kamus hidup aku adalah apa yang telah tersurat untuk aku..aku sedar di sebalik sesuatu yang telah tersurat, tersembunyi sesuatu yang tersirat..Di dalam mencari makna yang tersirat, aku akan temui pelbagai persoalan hidup yang menyesatkan dan ada yang akan membawa aku ke arah kebenaran yang dicari..Seribu kegagalan tidak akan sama dengan satu kejayaan..Daripada sesuatu kegagalan, aku akan dimatangkan untuk terus menerus mencuba..Daripada kegagalan juga aku akan berinovasi supaya menjadi lebih bijak memilih laluan kehidupan..walaupun banyak dugaan yang menimpa..aku yakin aku mampu laluinya..kerana kekasih aku dah berjanji dalam surat cinta-NYA bahawa "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat seksa dari kejahatan yang di perbuatnya.." (Al-Baqarah:286)..dan untuk itu, air mata ini takkan mengalir lagi..kerana aku tahu..kekasihku menyuruhku jangan bersedih..DIA juga janji ngan aku.aku akan jadi orang yang paling tinggi darjatnya jika aku orang yang beriman.." Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriaman"(Al-Imran:139)..dan untuk itu aku akan lalui hidupku dengan setabah yang mungkin..insyallah..

Dulu...

Dulu..
Aku sering mengeluh,
Aku sering menangis,
Aku selalu menyesali takdirku,
Aku sememangnya tidak pernah bersyukur tika itu..

Dulu..
Hidup dirasakan mati,
Indah alam ciptaan tuhan tidak berbekas di hati,
Masa depanku kelam,
Yang ada hanya bayang-bayang kehampaan,
Hidup sekadar sahaja kerana tiada apa yang aku harapkan dari kehidupan ini,
Hidup begitu membosankanku..

Dulu..
Aku menyalahkan takdirku..
Mengapa hidupku begini..
Kenapa tak seperti orang lain..
Kenapa?..kenapa dan kenapa?

Tapi..
Itu dulu…

Namun kini..Aku tahu,
Ada hikmah di sebalik dulu itu..
Itu adalah takdirku dari kekasihku,
DIA menentukan dengan sebaiknya untukku..
Tiada apa yang ditakdirkan untukku adalah sia-sia,
Kerana dia selalu ingatkan aku..

" Apakah manusia mengira, bahwa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)?"
(Al-Qiyamaah:36)

Manusia dijadikan Allah tidak dengan sia-sia,
Lantaran kelenaan itu,
DIA sedarkan aku,
Rupanya DIA tidak pernah tinggalkan aku sendirian,
DIA sentiasa bersamaku dimana sahaja pada bila-bila masa,
Terima kasih ALLAH..
Kerana DULU itu telah melahirkan aku yang KINI..